Kertas pasir merupakan kertas yang digunakan pada proses akhir pertukangan. Ia merupakan kertas kasar yang seperti pasir di mana ia digunakan untuk meratakan permukaan kayu supaya ia lebih kemas dan licin. Kertas ini akan digosokkan berkali-kali ke atas permukaan kayu yang hendak dilicinkan. Secara tradisional sebelum kewujudan kertas pasir, masyarakat Malaysia menggunakan daun palas untuk proses merata dan melicinkan kayu seperti hulu kapak, parang, cangkul dan sebagainya.
MY FRIENDS

Saturday, August 21, 2010
Friday, August 20, 2010
Gergaji merupakan alat yang diperbuat daripada besi yang bergerigi pada matanya dan digunakan untuk memotong kayu, papan dan lain-lain.
Gergaji mempunyai saiz dan bentuk mata yang bermacam-macam. Mata yang berbagai-bagai jenis ini boleh ditukar-tukar mengikut keperluan penggunanya.
Gergaji mempunyai saiz dan bentuk mata yang bermacam-macam. Mata yang berbagai-bagai jenis ini boleh ditukar-tukar mengikut keperluan penggunanya.
Pelbagai jenis gergaji yang digunakan pada masa dahulu mengikut keperluannya. Gergaji tangan merupakan gergaji kecil yang kerapkali digunakan. Selalunya pemegang tangan bagi gergaji diperbuat daripada kayu.
Jenis-jenis gergaji adalah seperti:-
. Gergaji aneka iaitu gergaji yang pelbagai jenis matanya yang boleh ditukar-tukar.
. Gergaji balak (baluk) iaitu gergaji untuk membuat papan.
. Gergaji belah iaitu gergaji untuk memotong kayu mengikut hala urat
. Gergaji besi iaitu gergaji untuk memotong besi.
. Gergaji besar iaitu gergaji yang bingkainya merupakan bentuk huruf H.
. Gergaji kerat iaitu gergaji untuk memotong kayu melintang urat.
. Gergaji kerawang iaitu gergaji untuk membuat ukiran.
. Gergaji pita (tali) iaitu gergaji yang matanya berlingkar.
. Gergaji tangan iaitu gergaji kecil yang dipegang dengan sebelah tangan.
. Gergaji tebuk iaitu gergaji dengan mata yang tidak lebar.
. Gergaji rantai.
. Gergaji racik.
. Gergaji talam.
Subscribe to:
Posts (Atom)